Tanggal 25 April 2011, yeah! saya & 6 sekawan ke Pesta Buku Antarabangsa, PWTC. Dgn berbekalkan duit elaun, yeah! saya beli banyak buku.
Saat berbicara soal, mana datangnya minat & kecintaan pd buku-buku ni sampai sanggup beli segala? Oh, ini semua adalah pengaruh drpd sahabat baik saya sendiri. Benarlah kata org, dgn siapa kita bersahabat serba sedikit dia mempengaruhi sikap kita. Syukran sahabat!
Alhamdulillah, seronok mmg seronok sebab dapat memaksimumkan kepuasan membeli bahan kesukaan dgn kuasa beli yg ada. Almaklumlah elaun kali ni masuk banyak. Kalau ikutkan, mahu saya borong semua buku kat PWTC tu tapi saya akur dgn konsep ekonomi yg menyatakan; kehendak manusia yg tak terhad tak dapat untuk direalisasikan sepenuhnya kerana sumber yg ada pada manusia itu terhad. Konklusinya, puas hati lah dgn apa yg ada. heh
Tambahan lagi, banyak buku yg dijual dgn harga diskaun. Mana mungkin saya melepaskan peluang ni. Kata org, peluang hanya sekali. heh
Lagipun, tempoh cuti semester yg agak panjang kali ni menyebabkan saya rasa saya perlu memantapkan diri saya dgn ilmu pengetahuan melalui pengisian aktiviti berfaedah seperti pembacaan bahan ilmiah seperti ini. Alhamdulillah.
Apapun, moral yg ingin disampaikan buat semua tak terkecuali DIRI SENDIRI untuk post kali ni sebenarnya, jangan kita ghairah sgt beli banyak kitab & buku tapi natijah drpd bahan ilmiah tersebut tak dimanfaatkan, bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan org lain.
Saya memetik kata-kata drpd seorg hamba Allah ni; "Keseronokan dalam menuntut ilmu bukanlah dinilai pada bilangan kitab yang telah dikumpul. Tetapi, keseronokan yang sebenar dinilai pada sejauh mana ilmu itu bermanfaat (membuahkan amal dan menambahkan takwa) untuk DIRI SENDIRI, ahli keluarga dan orang lain."
Assalam ukhty soza.. SubhanAllah..banyaknya buku, belum mampu rasanya nak beli pada satu2 masa..tapi kalau dah minat myb tak mustahil. yup, setuju..keseronokan menuntut ilmu bukanlah terletak pada bnyknya jumlah buku, tapi manfaat yg kita boleh dpt & beri kpd org lain.. ^__^
ReplyDeletewaalaikumussalam ya ukhty mirah..
ReplyDeletealhamdulillah rezki dr Allah
selaluny pun x mampu nak beli banyak mcm ni..
tapi sebab kali ni elaun masuk lebih sikit pastu x ada keinginan dalam kepala ni utk beli bende lain selain buku2 agama..
entah lah..bile bace buku2 agama ni, kadang2 bole selalu muhasabah diri & jadi sumber kekuatan utk terus bermujahadah..inshaAllah