Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yg paling dekat dgn diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yg paling dekat dgn kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yg paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yg paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yg lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yg akan datang dgn perbuatan yg sesuai dgn ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yg paling besar di dunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yg besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dgn nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita menguasai kita lalu membawa ke neraka.
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yg paling berat di dunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar. Tetapi yg paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini! Tetapi manusia dgn sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yg paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yg paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat .
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yg paling tajam sekali di dunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar. Tetapi yg paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dgn mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment