ماري سيڠڬه BLOG ساي

Thursday, June 9, 2011

tettt tettt tettt..bunyi mesej!



bismillah...


Malam ni rasa sebak sangat. Baru nak masuk bilik (dah sampai masa tidur), tibe-tibe tettt tettt..tettt tettt (bunyi mesej dari handphone). Ingatkan ada orang hantar mesej panjang berjela-jela ke sebab bunyi mesej berulang-ulang.

Ya Allah, gembira bukan kepalang! Mana tak nyeee, rupe-rupenyeee sahabat baik yg memang tak pernah lekang dr ingatan aku hantar mesej serentak. Sungguh! Mereka macam tau-tau jeee yg aku memang tengah rindu sangat kat mereka. ALLAH memang benar-benar sampaikan 'aura kerinduan' dalam hati aku ni buat mereka. Serta merta terubat rasa rindu kat mereka.

Pagi tadi dapat mesej drpd Nurul. Alhamdulillah.

·                     Mesej pertama drpd Kak Tim yg dikasihi ALLAH lagi aku sayangi kerna ALLAH:

.....-*'(-_-)'*-
'bsikku pd ALLAH yg ESA... Lindungilah temanku ini...D stiap langkahnya,D stiap hela nafasnya,D stiap kelip matanya,D stiap degup jantungnya..Byk yg ingin kupohon & kuharapkn utk dia,tpi jika satu shj yg d makbulkn olehMU..'.."Lindungi IMAN dHATInya krn dgn IMAN yg ada, temanku pasti SELAMAT d dunia & akhiratnya.,amin ya Robb...:-)
Tke cre..
assalamualaikum;-)


·                     Mesej kedua drpd Syarina yg dikasihi ALLAH lagi aku sayangi kerna ALLAH:

ASALAMUALAIKUM !!!


mintak tolong sikit boleh tk?


kerja ni tk susah sgat.


2pun kalau sudi tolong..
tolong sampaikn
SALAM RINDU pD TUAN PUNYE H/P NI!!!:-)

·                     Mesej ketiga drpd Nurul yg dikasihi Allah lagi aku kasihi kerna ALLAH:


"kdg2 ALLAH jrakkN HBuNgAN ktA,kmdiAN DiA Dtgkn puLA DgN DugAAN..PuAs ktA meNANgis m'cAri mNA kwn kesygN ktA,rupA2NyA ALLAH nk HADiAH ktA kRINDuan yg b'pjgN"..


Alhamdulillah, syukur pd-Mu Ya Allah kerna masih ada insan yg mengingati diri ini dan masih ada insan yg sudi mendoakan kebaikan buat diri ini. Semoge ukhuwah antara kita diredhai-Nya & kekal hingga ke akhirnya, inshaAllah. barokallahu fikum. ameen Allahumma ameen.

Aku memang rindu sangat dgn sahabat-sahabat aku ni. Kalau Kak Tim mungkin waktu kat KHAR (kolej penginapan) selalu jumpa dia sebab kami blaja di universiti yg same. Tapi skrg ni sebab cuti yg lama, rindu lah kat dia sebab dah tak jumpa. Kalau Syarina ni sejak dia masuk Darul Qur'an baru sekali aku jumpa dia. Masa tu pun alhamdulillah siap ziarah rumah famly dia lagi. Waktu tu Syida balik M'sia. Memang best sebab Syida pun ada. Syarina ni ada kembar. Nama dia Syariza. Memang tak boleh dipisahkan, dua-dua blaja kat Darul Qur'an. Sejuk perut ibu mereka yg mengandungkan mereka. Baik orgny. Mungkin sebab sikap mereka yg baik ini aku jadi rindu ;)



Kata Saidina Ali :


"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...