Dalam kitab sunan Ibnu Majah dimuatkan hadis yang menganjurkan solat Istikharah jika menghadapi sesuatu hal sebagaimana sabda Nabi Muhammad sebagai berikut (maksudnya):
"Rasulullah s.a.w. memberikan pelajaran kepada kita untuk beristikharah dalam semua perkara, sebagaimana beliau mengajarkan kepada kita surah dari Al-Qur'an."
Aku masih keliru. Ya, istikharah lah jawapannya. Aku memiliki hajat untuk mengerjakan sesuatu maksud...masih ragu-ragu. Apakah harus diteruskan atau dihentikan sampai setakat ini sahaja. Maka, aku mesti pilih salah satu...akan ada 'kos lepas' di situ ya!
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya):
"Tidak akan kecewa bagi orang yang melaksanakan solat istikharah, dan tidak akan menyesal hati orang yang suka bermusyawarah dan tidak akan berkurangan lagi orang yang suka berhemat."
|Hadis Riwayat Thabrani|
Ya, sememangnya dalam menentukan satu keputusan memang agak sulit apatah lagi setiap keputusan itu ada pro & kontra. Jadi, dari awal lagi aku mesti berani menghadapi risiko.
Kata ustaz, solat istikharah itu bukanlah satu proses pencarian mimpi seperti mana yang difahami kebanyakan orang, 'selepas solat istikharah kita tidur untuk mendapatkan mimpi yang memberikan alamat tentang maksud hajat itu.' Namun, hakikatnya solat istikharah ialah satu ikhtiar untuk menemukan kebaikan. Maksudnya, jika kita mempunyai hajat, lalu melaksanakan solat istikharah, maka andai hajat itu dilaksanakan inshaAllah kita akan memperolehi barokah dan jika tidak dilaksanakan juga inshaAllah akan memperolehi barokah.
DOA ISTIKHARAH
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment