ماري سيڠڬه BLOG ساي

Monday, July 25, 2011

30 Cara menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah

  
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]



Ø  TANDAS
§  Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah).
§  Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
§  Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
§  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Ø  BILIK MANDI
§  Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
§  Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram tanaman.
§  Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Ø  SINKI
§  Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
§  Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.




Ø  TAMAN
§  Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
§  Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
§  Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
§  Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
§  Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
§  Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
§  Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
§  Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
§  Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram tanaman.

Ø  DAPUR
§  Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
§  Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
§  Simpan sebotol air dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
§  Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air yang mengalir.
§  Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Ø  GARAJ
§  Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
§  Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

Ø  Cara-cara lain menjimatkan air :
§  Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
§  Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
§  Maklumkan sebarang kerosakan papi kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
§  Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
§  Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
§  Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.


Sumber : FOMCA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...