Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu...
memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu
terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia masih mengingatimu
Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya...
dan janganlah mengganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang...
Terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan...Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak lagi boleh memakannya...
Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu...Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah
dan cuba membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...
No comments:
Post a Comment