ماري سيڠڬه BLOG ساي

Sunday, October 16, 2011

Kerana Aurat...




Kazemi dipukul kerana ingin memelihara aurat! Muslim Inggeris iaitu Kazemi merupakan seorang Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat (sumber-sumber menyatakan beliau diserang oleh 4 orang perempuan). Penyerang tersebut cuba untuk membuang jilbab Kazemi dengan menarik jilbab Kazemi, namun perkara itu tidak dibiarkan begitu sahaja kerana Kazemi cuba untuk melawan. Oleh sebab respon yang ditonjolkan Kazemi untuk mempertahankan dirinya, keempat-empat penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukulnya di bahagian muka. 

Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. Kejadian itu menyebabkan Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut. Mereka menuduh pemerintah Inggeris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. 

Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kejadian yang menimpa Kazemi. Kejadian ini bertarikh 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas. Berita ini sengaja dibangkitkan untuk membandingkan hamba Allah ini (Kazemi) dengan kita di Malaysia kerana kebanyakan rakyat di Malaysia terlalu jahil bab aurat! Walaupun menyambung pelajaran hingga keluar negara dan khatam Al-Quran berkali-kali serta hebat bab agama tapi yang mengamalkannya hanya berapa peratus (%)? 

Lihat di luar sana, ramai yang mengenakan tudung tapi berseluar dan baju yang ketat sehinggakan lelaki yang tidak kuat imannya mejadi ghairah lalu berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti rogol, buang anak luar nikah dll. Bagaimana hendak kurangkan kejadian ini daripada terus berlaku? 

Berbaliklah kepada Al-Quran dan Sunnah. 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  (Surah Al-Ahzab:59)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...