ماري سيڠڬه BLOG ساي

Thursday, September 6, 2012

'Push Your Limit'

bismillah..

Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk adik-adik SMKABP setelah sekian lama merancang untuk melawat ke sekolah. 'Push Your Limit' adalah program pertama yang dikendalikan batch kami untuk adik-adik SMKABP. Mudah-mudahan serba sedikit dapat juga memberikan sedikit sumbangan tenaga, cetusan idea dan buah fikiran untuk pihak sekolah yang telah banyak berjasa kepada kami. :)

Sejak hari pertama datang, alhamdulillah sambutan daripada adik-adik memang cukup superb! Walaupun pada mulanya ada yang cuba berteka teki siapakah saya dek kerana sehelai kain yang berfungsi menutup wajah, memandangkan inilah kali pertama saya hadir ke sekolah lama dengan penampilan sebegini, tetapi alhamdulillah adik-adik tetap mesra. Terima kasih sangat. Semoga Allah taala membalas kebaikan kamu semua :)

Apa pun, perkara yang paling best sekali apabila dapat bertemu dengan ustaz, ustazah dan kawan-kawan lama. Rakan sebaya masing-masing sudah menampakkan kematangan walaupun ada juga yang sedikit keanak-anakan... dan saling berkongsi pengalaman berada di rantau orang. Syikam dan Rif'ah, kalam-kalamnya banyak membawa kita menelusuri khazanah-khazanah berharga yang terdapat di Jordan. Tak terkecuali Farhan yang turut belajar di Jordan tetapi di pagi 29 Ogos diberitakan dengan khabar gembira yang dia berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Madinah. Mabrook Farhan! Semoga kelak berjaya balik ke tanah air dengan title da'ie yang sangat disegani dan dihormati kerana ketinggian ilmunya. Alip dan Nizam pula banyak membawa kisah-kisah yang sangat menarik dari Jepun. Tidak ketinggalan kawan-kawan lain yang memang hebat belaka. Hadi, yang dahulunya tidak pernah tampil ke hadapan untuk memotivasikan orang lain tapi sekarang.... boleh buat kami speechless melihatnya. Isam yang peramah dengan adik-adik, Piqoq yang memang tidak berubah tahap kepetahannya berbicara, Farahin yang bijak mengendalikan majlis, Ziebo; orang kuat program ini, Siti; biro disiplin yang paling sporting, Amri yang pandai berjenaka, Aisyah Liyana yang begitu bersemangat orangnya, Syida; 'diam-diam ubi berisi', Miera yang ceria, Jihan yang lebih banyak senyumnya dari berkata-kata dan Khamilah yang keriangan (jangan marah Khamilah, heheh)... dan ramai lagi yang mungkin terlupa untuk dinyatakan di sini, harap maaf :)

Barisan fesi yang perasan berkaliber , heheh
Barisan belakang dari kiri: Ketok, Mantok, Ahzim, Nizam dan Alip.
Barisan tengah: Farhan, Miera, Piqoq, ehem, Siti, Ustazah Khadijah dan anaknya, Ustazah Shary, Jihan dan Aisyah.
Barisan depan: Isam, Khamilah, Syikam, Farahin dan Syida.

Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, waktu di surau dikerumuni oleh adik-adik yang lagaknya bagaikan wartawan yang ingin menemu ramah saya. Barangkali... menginginkan sedikit sentuhan kata-kata semangat. Apa yang penting, ke mana pun kita pergi letakkan agama sebagai yang tertinggi, wahai adik-adikku sayang. Pesan saya di akhirnya, jangan lupa jaga solat dan jaga aurat ya adik-adik :)

A: "Kenapa kakak tu pakai purdah ek?"
B: "Muka kakak tu ada parut kot."

Inilah dialog dua orang budak laki form 3. Bila teringat balik dik, akak tak marah tapi akak rasa terhibur :)
Jauh sungguh pemikiran adik ini. ^_^
Persoalannya: Betul atau tidak muka akak berparut?
Jawapannya: Rahsia. Semestinya hanya orang-orang tertentu saja yang tahu. ;)

Last but not least, semoga pertemuan seperti ini dapat dilakukan lagi di masa akan datang. Indahnya bertemu dan berpisah kerana Allah. Insya Allah :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...